Garena sebagai penerbit permainan Call of Duty Mobile, minggu ini membuka pra-daftar buat permainan mudah alih tersebut. Ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh Tencent dengan kerjasama bersama Activision.

Mac lepas kami sudah melaporkan mengenai permainan ini, dan daftar minat juga dibuka oleh Activision, namun kali ini ia adalah melalui Garena sendiri. Menariknya, anda berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran barangan di dalam permainan bergantung kepada jumlah pemain yang pra-daftar.
Namun agak mengecewakan, barangan tersebut berdasarkan penyenaraian adalah terhad untuk penggunaan beberapa hari sahaja.

Selain itu anda juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran lain, dan ia boleh dilakukan dengan memasuki laman khas permainan ini di Garena dan menggunakan “spin” untuk mendapatkan barangan tersebut, jika anda bernasib baik.
Anda boleh mendapatkan lebih banyak spin dengan berkongsi pautan referral, anda boleh ketahui lebih lanjut mengenainya di laman pra-daftar yang kami sertakan di bawah.
Permainan ini sudah semestinya dinantikan oleh ramai pemain, tetapi sebelum permainan dilancarkan lagi, sudah disertakan kotak tikam agak menjengkelkan.
Call of Duty Mobile akan dikeluarkan untuk Android dan juga iOS.