Sky: Children Of The Light baru sahaja dilancarkan minggu lepas di peranti iOS yang mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh pembangun Journey dan Flower iaitu That Game Company.

Terkini, melalui laporan Pocket Gamer, permua tersebut telah pun mencapai lebih dari 1 juta muat-turun dengan hanya 5 hari selepas ianya dilancarkan di App Store.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permua ini, Sky: Children Of The Light merupakan permua yang memfokuskan bentuk pengembaraan yang memberi kebebasan buat pemain untuk berterbangan diudara disamping menyelesai tekaria dan mengumpul beberapa pencahayaan.

Menariknya, melalui laporan yang sama, permainan tersebut sudah pun menjana lebih dari $175,000 iaitu sekitar RM720,000. Semestinya ini adalah nilai yang sangat tinggi dan menakjubkan buat syarikat tersebut dan dengan pelancaran versi Android yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah semestinya permua ini bakal menjadi satu permua yang menguntungkan buat That Game Company.

Sohor Kini