Mei lepas, Lionsgate Games mengumumkan permainan John Wick Hex, di mana ianya adalah permainan aksi strategi berdasarkan siri filem John Wick. Permainan tersebut dibangunkan untuk konsol dan PC melalui Epic Games Store, namun buat masa ini tarikh rasmi pelancarannya masih belum diumumkan.

Terkini, melalui saluran rasmi pernebit permainan tersebut iaitu Good Shepherd Entertainment, mereka berkongsi satu video khas yang memperlihatkan kemahiran “Gun-Fu” iaitu seni mempertahankan diri dengan penggunaan pistol, yang terkenal di dalam filem asal John Wick.

Melalui video tersebut, Mike Bithell, iaitu pengarah dan penulis buat permainan tersebut berkongsi yang mana mereka mempelajari kemahiran-kemahiran Gun-Fu dan membawanya ke dalam permainan John Wick Hex.

Menariknya, Jonathan Eusebio itu koordinator lagak aksi filem John Wick juga terlibat untuk proses pembikinan permainan ini, sekaligus memberi lebih banyak bentuk Gun Fu yang sangat mendalam.

Menariknya juga, melalui video tersebut mereka juga memperlihatkan sebahagian bentuk permainan buat John Wick Hex di mana setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain akan memberi kesan terhadap bentuk pertempuran yang pemain hadapi dan pemain juga perlu mencari jalan untuk menewaskan musuh.

Buat masa ini, John Wick Hex masih belum mempunyai sebarang tarikh pelancaran rasmi dan platform konsol yang diumumkan. Namun, bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi Epic Games Store buat permainan tersebut.

Sohor Kini