Skip to main content

Super Mario Maker 2 sememangnya salah satu permainan yang sangat menarik sekali di mana ianya memberi peluang buat pemain untuk menghasilkan litar ataupun peringkat permainan Mario mereka sendiri dan memuat-naiknya dan berkongsi dengan pemain lain. Meskipun begitu, ianya mempunyai had muat-naik yang mana nilainya agak sedikit, iaitu 32 sahaja.

Terkini, Nintendo akhirnya mengambil keputusan untuk meningkat nilai muat-naik tersebut kepada 64 untuk satu pemain, sekaligus ianya nilai dua kali ganda berbanding nilai sebelum ini.

Dengan had ini dinaikkan, ini sekaligus memberi peluang buat pemain untuk memuat-naik lebih banyak litar di atas talian sekaligus berkongsi lebih banyak litar-litar yang menarik buat pemain-pemain lain. Tambahan itu, Nintendo jgua menyatakan mereka akan meningkatkan had tersebut sekali lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply