Skip to main content

NetEase Games hari ini akhirnya melancarkan permainan popular Stick Fight: The Game yang dibangunkan oleh LandFall Games sebagai permainan mudah alih untuk Android dan juga iOS.

Stick Fight: The Game merupakan permainan pertempuran yang dikeluarkan sejak tahun 2017 lagi untuk PC. Melaluinya pemain akan mengawal satu orang lidi dan cuba untuk membunuh 2 sehingga 3 pemain-pemain lain. Ia juga menyertakan rekaan peringkat yang pelbagai.

Permainan ini telah mendapat penerimaan yang baik di Steam, setakat ini 27 ribu telah mengulas permainan ini di Steam dan mendapat rating “Very Positive”. Kami sendiri meletakkan permainan ini sebagai salah satu alternatif terbaik untuk Super Smash Bros.

[download]Play Store: Stick Fight: The Game Mobile[/download]

[download]App Store: Stick Fight: The Game Mobile[/download]

Leave a Reply