Skip to main content

Tampaknya, Sony masih belum melupakan konsol mudah-alih mereka iaitu Playstation Vita di mana hari ini mereka melancarkan kemaskini 3.71 buat konsol tersebut.

Meskipun begitu, kemaskini tersebut tidaklah menyertakan sebarang pengubah-suaian utama dan ianya hanya membaiki keseimbangan sistem operasi konsol tersebut sahaja. Bagi anda yang masih lagi mempunyai konsol tersebut, pastikan anda menyambungkannya ke Internet dan memuat-turun kemaskini tersebut untuk mendapat sistem operasi terkini.

Sebelum ini kami juga melaporkan yang mana konsol tersebut sudahpun ditamatkan daripada pengeluaran, namun Sony masih lagi akan menyokong konsol tersebut sehingga tahun hadapan.

Leave a Reply