My Arcade hari ini mengumumkan kerjasama bersama dengan Bandai Namco untuk melancarkan NAMCO Museum Mini Player iaitu konsol permainan berbentuk arked.
Ia akan menyertakan 20 permainan klasik NAMCO iaitu Battle City, Dig Dug, Dig Dug II, Dragon Spirit, Galaga Galaxian, Mappy, Pac-Panic, Pac-Man, Pac-Mania, Pac-Man 2 The New Adventures, Phelios, Rolling Thunder, Rolling Thunder 2, Rolling Thunder 3, Sky Kid, Splatterhouse, Splatterhouse 2, the Tower of Druaga dan Xevious. Konsol tersebut dijual dengan harga $99.99(~RM412).
Spesifikasi NAMCO Museum Mini Player adalah seperti berikut, mempunyai paparan bersaiz 4.25″, pembesar suara dan alat kawalan yang boleh diasingkan.
[info]My Arcade: NAMCO Museum Mini Player[/info]