Informasi Permainan Video Terkini
Lords Mobile Kini Dikeluarkan Untuk PC
PC

Lords Mobile Kini Dikeluarkan Untuk PC

Diterbitkan pada July 24, 2019 oleh .

Lords Mobile merupakan antara permainan mudah alih popular, jika anda tidak pernah mencuba sekurang-kurangnya anda pasti pernah melihat iklan yang dikeluarkan mengenai permainan ini.

Hari ini, selepas tiga tahun dikeluarkan sebagai permainan mudah alih dan mempunyai lebih 280 juta pemain, IGG mengumumkan yang Lords Mobile akhirnya boleh didapati melalui Steam seperti versi mudah alih, secara percuma.

Ia merupakan permainan MMORPG yang disertakan leemen pembinaan bandar. Menariknya, ia akan menyertakan fungsi rentas platform, jika anda sudah bermain di peranti pintar anda, akaun yang sama boleh digunakan untuk versi PC.

Lords Mobile pada tahun lepas telah mencecah pendapatan sebanyak RM3.4 bilion adakah versi PC dapat mengulangi kejayaan tersebut? Patutkah versi PC ditukar nama ke Lords PC?

Steam: Lords Mobile


TIPS & ULASAN