Tahun lepas, Two Point melancarkan permainan Two Point Hospital, di mana ianya adalah permainan simulasi hospital yang diinsipirasikan oleh permainan Theme Hospital yang terkenal beberapa tahun lepas.

Terkini, tampaknya permainan tersebut tidak lagi akan menjadi permainan eksklusif di PC di mana hari ini, Two Point mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut di konsol.

Selang dua bulan sejak peroleh studio tersebut oleh SEGA, tampaknya kesan daripadanya sememangnya membuka peluang kepada studio tersebut untuk mengembangkan permainan mereka ke konsol yang mana pasti akan memberi lebih banyak peluang buat pemain untuk bermainnya.

Two Point Hospital sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam di mana kami sudah pun mengulaskannya. Terkini, melalui versi konsol, ianya disahkan akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch menjelang tahun ini.

Tambahan itu, Two Point juga menyatakan bahawa versi konsol buat permainan ini juga akan menyertakan dua pernambahan yang diumumkan sebelum ini secara bersama iaitu Pebberley Island dan Bigfoot.

Sohor Kini