Skip to main content

Salah satu permainan aksi dengan visual yang unik oleh Devolver Digital awal tahun ini di konsol Switch dan PC melalui Steam iaitu Ape Out, kini akhirnya menerima demo percuma untuk pemain mencubanya.

Ape Out merupakan permainan atas bawah beraksi yang mana pemain akan bermain sebagai seekor mawas dan setiap tindakan pemain seperti memecahkan tingkap, membaling manusia akan memberi kesan terhadap muzik latar permainan tersebut.

Terkini melalui demo tersebut, pemain berupaya untuk mencubanya dengan lebih lanjut sebelum membuat pilihan untuk membelinya ataupun tidak.

Tambahan itu, Devolver Digital juga mengadakan jualan promosi khas bermula hari ini sehingga 29 Julai ini buat permainan tersebut di mana ianya boleh dibeli dengan harga bermula RM21.70 di Steam dan $10.49(~RM43.17) di Nintendo eShop.

Leave a Reply