Mei lepas, The Pokémon Company melancarkan permua Pokémon Rumble Rush di peranti Android di mana ianya adalah permua baharu berdasarkan siri Pokémon.
Terkini, permua tersebut akhirnya dilancarkan di peranti iOS di mana ianya boleh dimainkan di peranti iPhone 5S ke atas dengan iOS 9.0 dan seterusnya.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permua ini memfokuskan pemain untuk mengumpul dan melatih Pokemon anda sendiri. Dengan bentuk permua gerak-pantas, permua ini boleh dimainkan dengan hanya satu tangan sahaja melalui bentuk menatal skrin sesentuh peranti anda.
Seperti biasa, permua ini boleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah dan ianya juga akan menyertakan sebilangan kandungan mikro-transaksi yang pemain boleh belikan.
[download] Muat-Turun iOS: Pokémon Rumble Rush [/download]