Skip to main content

WWE SmackDown! Here Comes The Pain semestinya penuh dengan kenangan masa silam apabila ianya dilancarkan pada 2003 lepas di konsol Playstation 2 di mana ianya adalah permainan gusti oleh THQ dan ia merupakan salah satu permainan gusti yang menjadi kesukaan ramai ketika itu.

Terkini, Bryan Williams iaitu penyelia untuk rekaan permainan di Yuke’s berkongsi satu kenyataan yang sangat menarik di Twitter di mana beliau menyatakan mereka mengadakan satu mesyuarat khas selama 6 jam untuk projek baharu, sambil bermain permainan WWE SmackDown! Here Comes The Pain.

Sememangnya kenyataan tersebut tidak mempunyai kepastian sama ada projek seterusnya oleh mereka adalah permainan tersebut. Namun, ianya masih lagi menarik memandangkan permainan tersebut disebut dan dimainkan ketika mesyuarat tersebut.

Menariknya juga, bersempena dengan ura-ura tersebut, seorang peminat, Smacktalks di Youtube pula telah menghasilkan semua permainan WWE SmackDown! Here Comes The Pain dengan visual definisi tinggi.

Meskipun begitu, pernaik-tarafan tersebut hanyalah dalam kadar minimum dengan sebilangan pernambah-baikkan yang ringkas seperti paparan antara muka dan beberapa model watak sahaja.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman berkenaan permainan ini.

Leave a Reply