Skip to main content

Dino Crisis sememangnya salah satu siri permainan yang sangat terkenal beberapa tahun lepas di konsol Playstation 1 oleh Capcom di mana ianya boleh dikatakan permainan Resident Evil dengan elemen dinosaur.

Terkini, peminat di bawah pasukan Team Arklays berkongsi satu video acah khas yang mana mereka sedang menghasilkan semula permainan tersebut dengan enjin permainan Unreal Engine 4, sebagai satu projek Dino Crisis Fan Remake sempena ulang tahun ke-20 buat siri tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=qad627M0-ns

Meskipun begitu, buat masa ini video acah yang dikongsikan oleh Team Arklay hanya terdiri daripada lokasi-lokasi persekitaran permainan tersebut sahaja tanpa sebarang visual dinosaur ataupun bentuk permainan.

Sememangnya ini hanyalah satu projek oleh peminat dan Capcom mempunyai hak pada bila-bila masa sahaja untuk memberhentikan projek ini. Kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang kemaskini kelak. Bagi anda yang ingin melihat lebih lanjut visual yang dihasilkan oleh peminat tersebut, anda boleh ke saluran rasmi Youtube Team Arklay.

Pada pendapat kami dengan kejayaan permainan olahan semula seperti Resident Evil 2 baru-baru ini, sudah semestinya Capcom perlu membawa kembali siri Dino Crisis seperti mana yang kami bincangkan di dalam siri Disk-Aksiz sebelum ini.

Leave a Reply