Skip to main content

Sebelum ini, Activision dan Infinity Ward memperlihatkan bentuk permainan mod “Gunfight” buat permainan penembak akan datang iaitu Call Of Duty: Modern Warfare.

Terkini, melalui akaun Twitter Call Of Duty, mereka mengacahkan satu video khas yang memperlihatkan bentuk pengubah-suaian senapang.

https://twitter.com/CallofDuty/status/1153349005319032832

Semestinya, bentuk pengubah-suaian senapang dan senjata bukanlah sesuatu yang baru untuk siri Call Of Duty. Namun, melalui permainan ini, ianya kelihatan mempunyai bentuk pengubah-suaian yang sangat mendalam dari segi bahagian-bahagian senapang tersebut seperti muncung, cengkaman, stok, lelopak peluru dan sebahagian.

Melalui video acah di atas juga, mereka juga memperlihatkan sebilangan kombinasi pengubah-suaian untuk senjata M4 seperti stok dan optik yang berbeza.

Menurut Activision, video acah rasmi yang akan memperlihatkan bentuk permainan Call Of Duty: Modern Warfare secara menyuluruh akan dikongsikan menjelang 1 Ogos ini. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah ianya diperlihatkan kelak.

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply