Sekiro: Shadows Die Twice semestinya merupakan salah satu permainan yang sangat menarik sekali yang dilancarkan tahun ini oleh From Software dan Activision di mana ianya mempunyai bentuk permainan yang sangat mencabar.
Namun, atas sebab tersebut semestinya tidak ramai pemain yang ingin bermain semula permainan tersebut untuk bertempur kembali ketua-ketua musuh yang terdapat di dalam permainan tersebut mengikut turutan, yang mana pasti akan mengambil masa yang sangat lama.
Sekaligus, untuk memudahkan pemain, kini terdapat satu mod khas yang mana ianya memberi peluang kepada pemain untuk memilih untuk bertempur dengan ketua musuh mengikut pilihan pemain, yang mana mod tersebut dipanggil Boss Rush.
Melalui mod ini, pemain berupaya untuk memilih untuk bertempur dengan sebarang ketua musuh mengikut pilihan pemain tanpa perlu mengikut turutan. Untuk mengakses mod tersebut, pemain yang perlu memasang mod tersebut dan memilih pilihan ketua musuh melalui Sculptor’s Idols di lokasi Dilapidated Temple.
Dukacitanya, mod ini hanyalah buat pemain di PC sahaja dan bagi pemain di konsol, tampaknya anda perlu bermain dari awal untuk bertempur semula ketua-ketua musuh tersebut.
Bagi anda yang ingin mencuba mod tersebut, anda boleh ke pautan rasmi Nexus Mods di bawah untuk memuat-turun dan melihat cara memasangnya.
[download] Muat-Turun NexusMods: Boss Rush[/download]