Sebelum ini, That Game Company melancarkan permua Sky: Children Of The Light buat peranti iOS secara percuma. Permua tersebut merupakan permainan yang dibangunkan oleh pembangun permainan Journey dan Flower yang mana ianya memfokuskan bentuk estetik visual yang sangat menawan.

Terkini, bagi anda yang mempunyai peranti Android, anda tidak lagi perlu khuatir di mana That Game Company akhirnya mengumumkan bahawa permua tersebut akan tiba secara rasmi di peranti Android.

Melaluinya, anda berupaya untuk membuat pra-pendaftaran, sekaligus fungsi ini akan memberi anda notifikasi untuk memuat-turunnya setelah ianya dilancarkan kelak. Akan tetapi, buat masa ini, That Game Company masih belum berkongsi tarikh pelancaran rasmi buat permua tersebut.

Sky: Children Of The Light merupakan permua yang memfokuskan bentuk pengembaraan yang memberi kebebasan buat pemain untuk berterbangan diudara disamping menyelesai tekaria dan mengumpul beberapa pencahayaan.

Sebelum ini, That Game Company juga menyatakan bahawa mereka mungkin akan membawa permainan tersebut di konsol dan PC, bukan sahaja versi permua.

Pra-Daftar: Sky: Children Of The Light

Sohor Kini