Oninaki merupakan permainan seterusnya oleh Tokyo RPG Factory iaitu pembangun untuk I Am Setsuna dan Lost Sphear. Bagi anda yang ingin mencuba, demo untuknya kini tiba di PlayStation 4 dan juga Switch. Buat masa ini untuk PC masih tidak disenaraikan.
Melalui demo ini, pemain akan bermain peringkat awal untuk Oninaki dan menariknya fail simpanan bagi demo ini boleh digunakan apabila pemain ini dikeluarkan secara rasmi.
Seperti yang dilaporkan oleh kami, Oninaki akan memfokuskan pengembaraan seorang watak sebagai Kagachi di mana mereka akan menggunakan tenaga dan kuasa Daemons untuk bertempur.
Oninaki akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC pada 22 Ogos 2019.
[download]PS Store: Demo Oninaki[/download] [download]Nintendo eShop: Demo Oninaki[/download]