Sigma Akhirnya Diumumkan Sebagai Hero Baharu Untuk Overwatch

Selepas mengeluarkan satu video acah pendek semalam, Blizzard akhirnya mengumumkan secara rasmi hero ke-31 untuk Overwatch iaitu Sigma melalui satu video latar belakang untuk watak tersebut.

Berdasarkan video tersebut diperlihatkan Sigma merupakan seorang saintis yang sangat takjub dengan kajian mengenai graviti dan bagaimana ia boleh digunakan sebagai senjata.

Video tersebut juga memperlihatkan beliau menjadi tidak stabil kemungkinan besar disebabkan kajian yang dilakukan. Buat masa ini Blizzard tidak berkongsi lanjut mengenai hero tersebut dan sama-sama kita nantikan.

Bagi yang ingin mengetahui kebolehan untuk Sigma, pengguna Reddit ada mengeluarkan jangkaan berdasarkan formula matematik yang dipaparkan semasa video acah pendek.

Sohor Kini