Skip to main content

Quantic Dream pada Mac lepas telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan mereka iaitu Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan Detroit: Become Human yang sebelum ini adalah eksklusif untuk konsol PlayStation ke PC.

Heavy Rain sudah dikeluarkan pada bulan lepas dan hari ini mereka mengumumkan yang Beyond: Two Souls kini boleh didapati melalui Epic Games Store dengan harga $11.99(~RM50).

Beyond: Two Souls merupakan permainan keempat oleh Quantic Dream dan dikeluarkan pada tahun 2013 untuk konsol PlayStation 3 sebelum turut dikeluarkan untuk PlayStation 4.

Penceritaan permainan ini adalah mengikut watak utama iaitu Jodie Holmes yang terpaksa menghadapi pelbagai ringtangan kerana satu “kuasa” misteri yang terdapat di dalam dirinya. Watak tersebut dilakonkan (bermodelkan) oleh pelakon terkenal Ellen Page.

Melalui versi PC, ia menyediakan kualiti grafik yang lebih baik dan menyokong sehingga resolusi 4K dengan 60 kadar bingkai sesaat dan juga serasi dengan nisbah paparan lebar 21:9. Pemain boleh bermain secara solo ataupun bersama rakan melalui mod koperasi setempat.

Bagi pemain yang ingin mencuba terlebih dahulu, demo percuma juga disediakan.

[info]Epic Games Store: Beyond: Two Souls[/info]

Leave a Reply