Selepas beberapa bulan pusingan kelayakan mengikut benua dan juga pusingan kelayakan terakhir, 16 pasukan yang layak ke peringkat akhir untuk PUBG Mobile Club Open 2019 Global (PMCO) bagi Spring Split akhirnya disahkan.
5 Pasukan yang baru saja disahkan selepas berjaya di peringkat kelayakan terakhir baru-baru ini adalah Purple Mood dari Thailand, XQF dan Top Esports dari China, Team Queso dari Amerika Selatan dan All Rejection Gaming dari Jepun.
Mereka akan menyertai 11 pasukan yang sudah layak sebelum ini sebagai wakil kepada benua dan wildcards iaitu Spacestation Gaming dari Amerika Utara, Team Unique dari Eropah, Nova Esports sebagai pasukan wildcards, SNT dari Timur Tengah, Team Soul dari India, Busan dari Korea, ELG dari China, Brazilian Killers dari Amerika Selatan, RRQ dan Bigetron dari Asia Tenggara dan Scarz dari Jepun.
Kejohanan akhir ini akan berlangsung bermula 26 Julai sehingga 28 Julai di Berlin, Jerman. Ia akan disiarkan secara langsung melalui channel Youtube rasmi PUBG Mobile.