Bus Simulator 18, seperti judulnya, merupakan permainan simulasi pemanduan bas yang telah dikeluarkan untuk PC pada tahun lepas. Astragon Entertainment dan Stillalive Studios hari ini mengumumkan yang permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada 17 September 2019.

Melalui permainan ini, pemain boleh mencipta syarikat bas tersendiri di bandar rekaan iaitu Seaside Valley. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain sehingga 4 pemain.

Permainan ini juga menyertakan pelbagai rekaan bas berdasarkan bas rasmi dan juga replika seperti bas-bas popular.

Sohor Kini