Warner Bros. dan NetherRealm Studios hari ini mengumumkan kostum baharu untuk watak Sub-Zero di dalam Mortal Kombat 11. Menariknya, kostum tersebut adalah berdasarkan DJ terkenal Dimitri Vegas.

Selain kostum, ia juga akan menyertakan rupa seperti DJ tersebut selain menggunakan lakonan suara oleh beliau sendiri. Ia boleh dimuat turun oleh semua pemilik Mortal Kombat 11 secara percuma pada 22 Ogos 2019.

Vegas sebelum ini menjalinkan kerjasama bersama dengan Mortal Kombat 11 untuk menghasilkan lagu berdasarkan lagu tema klasik Mortal Kombat. Lagu tersebut merupakan lagu yang digunakan di dalam video acah pelancaran Mortal Kombat 11. Beliau juga menghasilkan lagu baharu khas untuk permainan ini yang digunakan di dalam video acah bentuk permainan.

Mortal Kombat 11 sekarang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini