Informasi Permainan Video Terkini
Permua Mega Man X DiVE Diumumkan Oleh Capcom Buat Peranti iOS Dan Android

Permua Mega Man X DiVE Diumumkan Oleh Capcom Buat Peranti iOS Dan Android

Diterbitkan pada July 22, 2019 oleh .

Capcom Taiwan hari ini mengumumkan satu permua baharu berdasarkan siri Mega Man akan dilancarkan di iOS dan Android, iaitu Mega Man X DiVE. Buat masa ini, ianya tidak disahkan sama ada ianya akan dilancarkan secara global atau pun tidak.

Berdasarkan kenyataan Capcom di video rasmi tersebut, permua ini akan memfokuskan dunia digital yang mana ianya menyimpan siri permainan ‘Mega Man X’ dan memori pemain. Namun, akibat beberapa masalah, segala peringkat dan kandungan permainan “Mega Man X” tersebut ralat, dan ianya bercampur. Ini sekaligus memerlukan pemain untuk memasuki dunia digital tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Semestinya ianya mempunyai satu konsep yang menarik dan berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan tersebut kelihatan mempunyai visual watak Mega Man X daripada siri Mega Man X8. Menariknya juga, ianya kelihatan menyertakan watak Mega Man X dari siri Mega Man X Command Mission.

Walaubagaimana pun, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.


TIPS & ULASAN