Skip to main content

Keanu Reeves sememangnya menjadi perhatian ramai sejak pengumuman beliau terlibat dengan permainan Cyberpunk 2077 pada E3 2019 lepas. Populariti beliau juga meningkat apabila beliau melakon watak John Wick di dalam filem John Wick.

Menariknya sekali, francais John Wick tersebut juga dikembangkan lagi dengan permainan John Wick Hex yang diumumkan sebelum ini dan juga acara khas di Fortnite yang menyertakan watak John Wick.

Terkini, seorang pemiant yang bernama MuriloDev telah menghasilkan satu permainan platformer retro berdasarkan watak John Wick yang mana ianya boleh dimainkan secara percuma.

Dengan tajuk John Wick: The NES Game, permainan tersebut sememangnya mempunyai bentuk estetik seakan permainan klasik di konsol NES dicampur dengan bentuk platformer retro tembak-menembak dan semestinya membuat kami sendiri di Aksiz teringat akan permainan Contra.

Tambahan itu, permainan ini juga mempunyai bentuk yang sukar di mana anda akan bertembung dengan pelbagai jenis musuh di mana anda sendiri sebagai John Wick hanya berupaya untuk menembak, melompat dan menunduk sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan tersebut, anda sendiri berupaya untuk memuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah.

[download] Muat-Turun: John Wick: The NES Game [/download]

Leave a Reply