Skip to main content

Gears 5 seperti kita sedia maklum tidak akan menyertakan pas semusim dan juga kotak tikam berbayar, tetapi The Coalition melalui temubual bersama dengan Gamespot mengesahkan pelbagai cara lain yang pemain boleh berbelanja di dalam permainan ini.

Antaranya adalah pemain boleh bayar untuk mendapat XP dengan kadar lebih laju termasuk juga mendapat pelbagai barangan. Pemain juga boleh berbelanja wang ringgit untuk mendapatkan watak bagi mod permainan secara dalam talian.

Watak-watak tersebut juga boleh didapatkan dengan bermain, tetapi pemain yang ingin menjimatkan masa juga boleh menggunakan cara berbelanja untuk mendapatkannya dengan lebih cepat.

Selain itu, pemain juga boleh membeli barangan kosmetik menggunakan wata wang maya permainan ini iaitu “Iron” tetapi pemain sentiasa mengetahui apa yang dibeli.

Gears 5 oleh The Coalition dan diterbitkan oleh Xbox Games Studio akan dikeluarkan pada 10 September 2019 untuk Xbox One dan PC.

Leave a Reply