Lanjutan daripada video di sebalik tabir untuk Final Fantasy X dan X-2 sebelum ini, Square-Enix minggu ini meneruskan siri video tersebut dengan permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age.
Melaluinya, mereka berkongsi sebilangan proses pembangunan permainan tersebut dicampur dengan beberapa sejarah buat kandungan dan adegan permainan.
Video di atas menyertakan beberapa temu bual bersama pembangun yang terlibat dengan pembangunan permainan tersebut seperti Hiroaki Kato, penerbit dan Takashi Katano iaitu pengarah buat permainan tersebut.
Melaluinya, mereka bercakap berkenaan sistem Gambit yang terdapat di dalam permainan tersebut yang mana ianya adalah satu bentuk sistem baharu yang diperkenalkan khas buat permainan Final Fantasy XII.
Selain itu, mereka juga bercakap berkenaan kandungan baharu yang mereka sertakan buat versi pernambah-baikkan iaitu Final Fantasy XII: The Zodiac Age yang dilancarkan baru-baru ini termasuklah fungsi-fungsi kelajuan dan sebagainya.
Final Fantasy XII The Zodiac Age telah pun dilancarkan di pelbagai platform termasuklah Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.