Skip to main content

Apabila bercakap berkenaan permainan Streets Of Rage, semestinya ramai peminat permainan tersebut mengetahui muzik latarnya yang sangat menarik dan unik terutamanya muzik pendahuluan permainan tersebut.

Terkini, DotEmu iaitu penerbit buat permainan tersebut berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan sebilangan komposer-komposer dari permainan asal Streets Of Rage kembali untuk menghasilkan muzik buat permainan Streets Of Rage 4 bersama-sama dengan sebilangan komposer yang terkenal lain.

Antara komposer yang terlibat semestinya Yuzo Koshiro dan Motohiro Kawashima di mana mereka berdua terlibat dengan permainan Street Of Rage sebelum ini. Selain itu, Yoko Shimomura yang terkenal sebagai komposer buat siri Kingdom Hearts juga akan terlibat untuk menghasilkan muzik buat Street Of Rage 4 bersama-sama dengan Hideki Naganuma dan Keiji Yamagishi.

Semestinya, dengan senarai komposer terkenal ini sudah pasti akan membuahkan hasil kualiti muzik latar yang sangat menarik sekali buat permainan tersebut di mana kami sendiri tidak sabar untuk bermainnya kelak.

Meskipun begitu, buat masa ini sebarang informasi lanjut berkenaan Street Of Rage 4 termasuklah platform pelancaran bersama-sama dengan tarikh pengeluaran masih belum diumumkan lagi.

Leave a Reply