Informasi Permainan Video Terkini
Splatoon 2 – Splatfest Terakhir Akhirnya Tamat Dengan Kejayaan Pasukan Chaos

Splatoon 2 – Splatfest Terakhir Akhirnya Tamat Dengan Kejayaan Pasukan Chaos

Diterbitkan pada July 22, 2019 oleh .

Lanjutan dengan acara terakhir Splatfest yang berlangsung hujung minggu lepas buat permainan Splatoon 2, keputusan antara dua pasukan iaitu Chaos dan Order akhirnya diumumkan di mana pasukan Chaos menjuarai keseluruhan Splatfest dengan nilai 3-0 di mana melalui keputusan undi, dan peratusan pertarungan mod biasa dan Pro.

Bersempena dengan itu, Nintendo juga berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan sebilangan suasana hub utama Splatoon 2 Inkopolis Square dan juga beberapa karya-karya seni oleh peminat.

Dengan tamatnya Splatfest ini, Nintendo juga mengesahkan ianya adalah Splatfest terakhir buat permainan tersebut, sekaligus pada masa akan datang, permainan Splatoon 2 tidak akan mempunyai sebarang pernambahan baharu. Namun, permainan tersebut masih lagi boleh dimainkan secara luar-talian ataupun atas-talian.

Splatoon 2 merupakan permainan penembak atas-talian yang mana ianya telah pun dilancarkan khas di konsol Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN