Informasi Permainan Video Terkini
Keanu Reeves Hampir Membintangi Permainan Death Stranding Sebagai Watak Cliff

Keanu Reeves Hampir Membintangi Permainan Death Stranding Sebagai Watak Cliff

Diterbitkan pada July 22, 2019 oleh .

Sememangnya dengan pengumuman watak Keanu Reeves sebagai salah satu watak di dalam permainan Cyberpunk 2077, beliau merupakan salah satu pelakon yang menjadi perhatian ramai bagi tahun 2019 ini.

Terkini, melalui laporan Hollywood Reporter, ketika acara Comic-Con San Diego di Amerika Syarikat hujung minggu lepas, Nicolas Winding Refn iaitu juga salah seorang pelakon yang melakonkan watak di dalam permainan Death Stranding berkongsi yang mana beliau mencadangkan watak Cliff buat permainan tersebut dilakonkan oleh Keanu Reeves. Namun, Hideo Kojima menyatakan bahawa beliau lebih berminat dengan Mads Mikkelsen.

Sememangnya pada pendapat kami sendiri, Mads Mikkelsen merupakan satu pilihan yang terbaik. Meskipun begitu, tidak semestinya Keanu Reeves tidak sesuai untuk membintangi sebarang permainan oleh Hideo Kojima, kerana kami percaya Keanu Reeves patut diserlahkan melalui permainan Cyberpunk 2077.

Walaubagaimana pun, jika anda masih lagi ingin melihat Keanu Reeves beraksi dengan permainan oleh Hideo Kojima, sebelum ini kami juga melaporkan bahawa terdapat peminat menghasilkan mod Keanu Reeves khas buat permainan Metal Gear Solid V: The Phantom Pain.

Tambahan itu, ketika acara yang sama Hideo Kojima berkongsi informasi lanjut berkenaan watak Heartman, yang dilakon oleh Nicolas Winding Refn yang mana beliau merupakan watak yang akan dimatikan setiap 21 minit sebelum beliau dihidupkan semula 3 minit selepas itu. Menurut beliau, watak tersebut akan mengambil masa 3 minit untuk mencari ahli keluarga beliau di “dunia lain” ketika saat beliau mati.

Semestinya konsep ini kelihatan sangat menarik dan memeningkan buat masa ini. Namun, kami percaya setelah Death Stranding dilancarkan November kelak, segala pertanyaan berkenaan penceritaan permainan ini pasti akan terjawab.

Juga ketika acara tersebut, Hideo Kojima juga memperlihatkan karya rasmi buat kotak permainan tersebut bersama-sama dengan edisi bekas besi khas di konsol Playstation 4 yang bakal dilancarkan menjelang 8 November 2019 ini.

Bagi anda yang masih belum membuat pra-tempahan Death Stranding dan ingin melihat senarai edisi permainan dan harganya, anda boleh ke pautan di bawah.


TIPS & ULASAN