Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Siri TV Star Trek: Picard Memperlihatkan Picard Kembali Beraksi

Video Acah Baharu Siri TV Star Trek: Picard Memperlihatkan Picard Kembali Beraksi

Diterbitkan pada July 22, 2019 oleh .

Jean-Luc Picard telah menjadi Admiral dalam video acah baharu Star Trek: Picard. Kenaikan pangkat ini adalah kerana satu misi misteri yang berlaku 15 tahun sebelumnya. Selepas itu, beliau meninggalkan Starfleet dan sebabnya tidak dijelaskan – tiba-tiba dalam video acah beliau dilihat telah kembali beraksi.

Antara sebab kenapa beliau kembali ‘beraksi’ adalah kerana ada seorang wanita misteri (lakonan Isa Briones) menyatakan yang beliau hanya akan selamat jika bersama dengan Picard. Kemudian turut kelihatan watak Seven of Nine (Jeri Ryan) dan Data (Brent Spiner) muncul dalam video acah ini. Apakah misi sebenar Picard dan kenapa wanita itu penting dan berkemungkinan besar akan berada dalam situasi yang sangat bahaya?

Sama-sama kita nantikan siaran siri TV ini pada tahun 2020.


TIPS & ULASAN