Pengasas Bersama Blizzard Frank Pearce Mengumumkan Persaraan

Frank Pearce merupakan pengasas bersama Blizzard iaitu bersama dengan Mike Morhaime dan Allen Adham pada tahun 1991 menggunakan nama Silicon & Synapse, Inc. sebelum menukar ke nama yang dikenali sekarang pada tahun 1994.

Minggu lepas melalui penulisan di laman rasmi Blizzard, beliau mengumumkan yang selepas 28 tahun, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersara.

Menurut beliau lagi, selepas ini beliau bercadang untuk lebih aktif melakukan aktiviti luar, belajar untuk bermain instrumen baharu dengan kata lain sesuatu yang beliau tidak berpeluang untuk lakukan sebelum ini. Namun, tegas beliau, beliau masih merupakan sebahagian daripada keluarga Blizzard.

Blizzard kini sudah kehilangan 2 pengasas, Mike Morhaime sebelum ini meletakkan jawatan sebagai presiden Blizzard pada tahun lepas.

Sohor Kini