Skip to main content

Di acara SDCC, video acah buat siri-siri TV Arrowverse dan beberapa siri TV DC lain telah dipertontonkan. Apa yang paling menarik pada saya adalah Arrowverse. Video acah setiap siri TV sangat menarik dan mengejutkan. Lihat video di bawah.

Arrowverse

Kita sudah tahu yang setiap siri TV musim baharu Arrowverse, iaitu Arrow, The Flash, Supergirl, Legends of Tomorrow, Batwoman akan berkait dengan satu rentas-siri besar – Crisis on Infinite Earth. Dalam rentas-siri inilah Arrow akan mati dan banyak perkara lagi akan berlaku. Tetapi, itu tidak menghalang untuk setiap siri masih mempunyai fokus tersendiri.

Arrow

Jika anda ingat episdo rentas-siri lepas, Arrow telah membuat perjanjian dengan The Monitor untuk menyelesaikan misi dalam Elseworlds. Perjanjian ini adalah Arrow perlu korbankan diri untuk menyelamatkan dunia dan ia sudah pun disahkan yang Arrow akan mati. Video acah baharu musim kelapan dan terakhir Arrow ini mengimbau kembali kesemua tujuh musim, bersama-sama dengan suara latar The Monitor.

The Flash

Dalam musim keenam The Flash, akan terdapat penjenayah baharu yang digelar sebagai Bloodwork. Nama sebenar Bloodwork adalah Dr. Ramsey Rosso, beliau adalah kawan sekerja Caitlin Snow – yang mana lama kelamaan ingin menggunakan kuasa ke atas jalan yang salah. Kuasa beliau adalah kemampuan mengawal darah seseorang, yang mana dalam komik beliau boleh tewaskan The Flash seolah dengan menggunakan minda sahaja.

Supergirl

Musim lepas Supergirl tamat dengan Lex Luthor dihidupkan kembali oleh The Monitor dan juga petanda yang ‘Leviathan is coming…’. Bukan itu sahaja, Lena Luthor juga akhirnya mengetahui rahsia sebenar yang Kara Danvers adalah Supergirl. Dalam video acah, ia mengimbau kembali beberapa episod dan memperlihatkan Lena Luthor menggunakan satu gajet yang mungkin memberi kuasa kepada beliau. Ini kerana, Lena berjaya menumbuk Supergirl dengan kuat. Apakah fokus sebenar dalam musim ini selain daripada Crisis on Infinite Earth? Sama-sama kita nantikan.


Video acah lain tidak berkait dengan Arrowvers, iaitu Black Lightning musim ketiga dan juga animasi DC baharu yang memfokuskan watak Harley Quinn.

Black Lightning

Black Lightning musim kedua boleh dikatakan agak baik berbanding musim pertama. Cuma ia berakhir dengan penuh misteri, seperti Agent Odell yang menyimpan mayat Khalil dan juga beliau sudah tahu akan rahsia keluarga Black Lightning. Hujung episod akhir Odell memberitahu yang pasukan The Markovian mempunyai banyak manusia-meta dan akan memulakan perang The Markovian War. Video acah tidak menjelaskan banyak, tetapi hanyalah imbasan episod-episod silam.

Harley Quinn

Harley Quinn adalah animasi bersiri baharu daripada DC. Dengan judul sendiri kita sudah tahu fokusnya adalah watak Harey Quinn itu sendiri. Ia memperlihatkan yang Harley boleh dikatakan ‘baik’ kerana dalam video acah beliau banyak menewaskan orang jahat lain dan turut kelihatan bekerjasama dengan Batman. Bukan itu sahaja, ada juga klip yang memperlihatkan asal-usul Harley dan juga Harley dan Joket bertengkar.

Leave a Reply