Informasi Permainan Video Terkini
Captain Marvel 2, Black Panther 2, GotG 3, Fantastic Four Dan X-Men Disahkan Untuk Tiba

Captain Marvel 2, Black Panther 2, GotG 3, Fantastic Four Dan X-Men Disahkan Untuk Tiba

Diterbitkan pada July 21, 2019 oleh .

Marvel ketika acara San Diego Comic Con telah mengesahkan lima filem yang akan disertakan di dalam Marvel Cinematic Universi Fasa 4 iaitu The Eternals, Thor, Black Widow, Dr. Strange dan Shang Chi.

Namun, di persidangan sama, presiden Marvel Studio Kevin Feige telah berkongsi beberapa filem lagi yang mereka tidak dapat umumkan secara mendalam tetapi disahkan sebagai sebahagian daripada perancangan mereka termasuk juga untuk MCU Fasa 4.

Filem-filem tersebut adalah Captain Marvel 2, Black Panther 2, Guardians of the Galaxy vol 3, olahan semula Fantastic Four dan X-Men. Buat masa ini mereka tidak mempunyai tarikh yang tetap untuk kesemua filem tersebut, tetapi berkemungkinan besar ia adalah selepas tahun 2021.


TIPS & ULASAN