Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Penuh Buat Siri TV HBO ‘Watchmen’

Ini Adalah Video Acah Penuh Buat Siri TV HBO ‘Watchmen’

Diterbitkan pada July 21, 2019 oleh .

Kita sudah tahu yang siri TV Watchmen akan disiarkan tidak lama lagi oleh HBO. Video acah pertama telah diperlihatkan di acara Golden Globes pada bulan Januari lepas dan juga beberapa saat sedutan melalui akaun Instagram mereka. Kini di SDCC, video acah penuh telah diperlihatkan.

Siri TV Watchmen ini adalah satu siri asli yang diolah semula. Ia tidak akan mengikut siri komik pada tahun 1980-an atau juga sambungan kepada filem Watchmen arahan Zack Snyder tahun 2009. Walau bagaimanapun, siri TV ini akan menggabungkan sedikit elemen daripada komik dan filem sebelum ini. Menurut Damon Lindelof (pencipta siri TV Watchmen), siri TV ini akan berlaku di dalam dunia yang sama – yang mana The Comedian mati, Dan dan Laurie bercinta. Ozymandias telah menyelamatkan dunia dan Dr. Manhattan tinggalkan bumi selepas membunuh Rorschach.

Dalam video acah, ia dilihat seperti memfokus kepada watak Rorschach. Yang mana peminat-peminat beliau seolah mencabar kerajaan. Selain itu, terdapat juga beberapa adiwira lain yang terkenal dalam komik Watchmen yang pasti peminat akan kenal. Disebabkan pelakon yang melakonkan Ozymandias adalah seorang yang berusia, siri TV ini jelas sekali berada latar masa di masa hadapan selepas kejadian dalam filem Watchmen.

Siri TV ini akan disiarkan di HBO bermula bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN