Skip to main content

Avengers: Endgame adalah filem MCU dengan durasi yang paling panjang, iaitu lebih 3 jam. Percaya atau tidak, durasi sebenar filem ini adalah lebih panjang dan banyak adegan dan babak telah dipotong. Salah satu adegan yang dipotong adalah adegan Thor dan Rocket Raccoon berada di Asgard. Terkini, adegan yang dipotong ini telah tertiris di arena web.

https://twitter.com/AdamKhan100/status/1152347937323794433

Ya, adegan ini mempunyai watak Rocket Raccoon dengan CGI yang belum siap. Ini adalah seperti dalam filem Avengers: Endgame yang ditayangkan semula pada Jun lepas, yang mana terdapat hanya satu adegan Hulk menyelamatkan orang ramai dan CGI Hulk juga belum siap.

Adegan berkemungkinan besar akan diperlihatkan dalam Avengers: Endgame versi Blu-ray yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Maklumat mengenai Blu-ray ini anda boleh baca di pautan di bawah.

[info] Blu-Ray Avengers: Endgame Versi Digital & Fizikal Akan Hadir Bermula 30 Julai Ini [/info]

Leave a Reply