Skip to main content

Secret Wars adalah siri komik Marvel pada tahun 1980-an yang sangat epik. Ini kerana ia menggabungkan banyak adiwira dan penjahat dalam satu komik, dan semuanya berpunca dari satu entiti kosmik bernama Beyonder yang ingin menguji kehebatan adiwira-adiwira dan penjahat-penjahat bumi. Di SDCC, Russo Brothers turut memberitahu yang mereka berminat untuk menghasilkan filem ‘Secret Wars’.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyatakan yang filem ini mungkin akan mempunyai enam bahagian (Avengers hanya ada empat). Jika anda tertanya kenapa begitu banyak? Pertama sekali, komik ini mempunyai 12 episod. Kemudian, dalam komik ini ia menggabungkan pasukan Avengers (Captain America, Captain Marvel, Hawkeye, Iron Man, She-Hulk, Thor, dan Wasp), pasukan Fantastic Four (Human Torch, Mister Fantastic dan Thing), pasukan X-Men (Colossus, Cyclops, Nightcrawler, Professor X, Rogue, Storm, Wolverine, dan Lockheed the Dragon), Spider-Man, Spider-Woman dan juga Hulk. Magneto dan Deadpool turut muncul dalam komik ini.

Pasukan penjenayah pula terdiri daripada Absorbing Man, Doctor Doom, Doctor Octopus, Enchantress, Kang the Conqueror, Klaw, the Lizard, Molecule Man, Titania, Ultron, Volcana, Wrecking Crew dan juga Galactus. Terdapat pelbagai konflik dalam komik ini. Kesemua pertempuran berlaku di satu planet khas yang dinamakan sebagai Battleworld yang mempunyai pelbagai senjata pelik, teknologi makhluk asing dan banyak lagi.

Jika Russo Brothers ingin meneruskan untuk menghasilkan filem ini, ia akan mengambil masa yang sangat lama. Ini kerana, Disney dan Fox baru sahaja bersatu. Kemudian banyak watak dalam Secret Wars sudah pun tiada dalam MCU dan ada juga watak yang sudah mati dalam X-Men. Dengan pengalaman Russo Brothers menghasilkan filem epik seperti Avengers: Endgame, pasti filem Secret Wars turut akan menjadi epik jika ia menjadi kenyataan.

Leave a Reply