Russo Brothers adalah pasangan adik beradik yang hebat. Tanpa mereka, filem Avengers: Endgame tidak akan menjadi filem yang paling epik. Terkini di SDCC, Russo Brothers telah memaklumkan yang mereka akan menerbit filem aksi nyata ‘Battle Of The Planets’. ‘Battle Of The Planets’ adalah animasi bersiri bahasa Inggeris yang diadaptasi dari animasi bersiri Jepun, Science Ninja Team Gatchaman.

Animasi ini mengisahkan lima anak yatim yang dilatih dari kecil untuk menjadi satu pasukan elit yang dinamakan sebagai ‘G-Force’. Pasukan ini bersumpah untuk melindungi bumi daripada musuh-musuh dari angkasa lepas. Dengan kepakaran Russo Brothers, harapnya filem ini akan menjadi filem bukan MCU yang epik. Agak menarik untuk melihat hasil tangan mereka untuk menghasilkan filem adiwira lain.

Selain itu, mereka juga turut menerima hak jika ingin menghasilkan filem aksi nyata ‘Grimjack’. Grimjack adalah komik yang dikeluarkan pada tahun 80-an yang mengisahkan seorang askar upahan. Grimjack dan pasukan dipaksa untuk menyiasat zaman silam mereka apabila anak Grim Jack meminta bantuan. Grimjack dan pasukan akan mengembara ke Cynosure yang mana merupakan bandar misteri yang menggabungkan dunia selari. Grimjack secara tidak langsung akan menjadi adiwira yang perlu menyelamatkan dunia.

Grimjack juga merupakan komik yang banyak misteri, kerana mereka akan bertempur dengan pelbagai jenis halangan seperti kuasa magis, klon, robot, sihir, gatorlizards, perkara yang berkait dengan Neraka dan Syurga dan banyak lagi.

Buat masa ini, Russo Brothers hanya disahkan akan menerbit filem Battle Of The Planets sahaja. Mereka hanya menerima hak sahaja ke atas Grimjack. Maklumat lanjut mungkin akan didedahkan di masa hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini