Skip to main content

Fire Emblem Three Houses iaitu permainan terbaru bagi siri Fire Emblem akan dikeluarkan pada 26 Julai 2019 untuk Switch, bersempena dengannya, Fire Emblem Heroes iaitu permainan mudah alih untuk siri ini bakal menerima 4 watak daripada permainan tersebut bermula 22 Julai 2019.

Mereka akan disertakan sebagai sebahagian daripada acara summoning khas iaitu Three Houses. 4 Watak yang akan disertakan adalah Edelgard, Dimitri, Claude dan Byleth. Selain itu bab penceritaan baharu iaitu A Way Home untuk Book II manakala Cohort of the Dead untuk Book III akan mempunyai watak daripada Three Houses.

Semoga berjaya untuk mendapatkan watak-watak tersebut.

Leave a Reply