Skip to main content

Ketika acara Comic-Con yang berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat mibnggu ini, Netflix akhirnya mempertontonkan video acah pertama buat siri Netflix, The Witcher yang dibintangi oleh Henry Cavill.

Video acah yang berdurasikan 2 minit tersebut, memperlihatkan ketiga-tiga watak utama buat siri tersebut iaitu Geralt, Yennifer dan juga Ciri. Ianya juga memperlihatkan sebilangan adegan perlawanan yang mana pasti akan membuat peminat tidak sabar untuk menontonnya.

Ketika acara Comic-Con tersebut, Henry Cavill yang melakonkan watak Geralt juga menyatakan bahawa beliau sangat bersemangat untuk melakonkan watak Geralt yang mana segala lagak aksi di dalam siri tersebut dilakukan oleh beliau sendiri.

Meskipun begitu, buat masa ini Netflix masih belum berkongsi sebarang tarikh rasmi tayangan siri tersebut. Akan tetapi, dengan video acah yang dipertontonkan di atas, siri The Witcher tersebut sememangnya nampak sangat menarik sekali dan pasti akan menjadi salah satu siri yang akan kami maratonton setelah ianya dilancarkan kelak.

Leave a Reply