Call Of Duty: Modern Warfare diumumkan secara rasmi Mei lepas di mana ianya adalah olahan semula buat siri Modern Warfare dan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC menjelang 25 Oktober 2019 ini.

Terkini, pembangun permainan tersebut iaitu Infinity Ward telah berkongsi satu video khas berdurasikan 5 minit yang mana ianya memperlihatkan bentuk permainan multi-pemain bagi permainan tersebut.

Bentuk permainan yang diperlihatkan adalah mod pertarungan baharu yang diperkenalkan iaitu mod “Gunfight” di mana ianya memfokuskan bentuk perlawanan secara pusingan antara dua pemain lawan dua pemain. Mod ini memfokuskan bentuk pertarungan yang lebih pantas dengan jarak dekat. Selain itu, pembangun juga memperlihatkan sebilangan peta kawasan permainan tersebut dengan pelbagai jenis senjata yang pemain boleh guna ketika bertempur di dalam permainan tersebut.

Menurut Infinity Ward, video tersebut direkodkan dengan menggunakan konsol Playstation 4 Pro, dengan resolusi 4k dan ianya dimainkan dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS.

Sudah pasti permainan Call Of Duty: Modern Warfare kelihatan sangat menarik sekali dengan bentuk permainan yang pantas, kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk bermainnya menjelang Oktober ini.

Sohor Kini