Bagi anda yang masih lagi tercari-cari permainan yang ingin dimainkan hujung minggu dan ingin membelinya dengan harga yang murah, bermula minggu ini, terdapat dua promosi jualan khas yang berlangsung di Playstation Store di mana terdapat pelbagai diskaun sehingga 80%.

Tawaran pertama adalah jualan permainan Retro melalui Playstation Store yang mana ianya terdiri daripada pelbagai permainan klasik, permainan yang dipernambah-baikkan dan sebagainya yang mana ianya ditawarkan sehingga diskaun sebanyak 80%. Tambahan itu, seperti biasa bagi anda yang melanggan Playstation Plus, anda akan mendapat tawaran diskaun yang lebih tinggi.
Promosi tersebut berlangsung minggu ini sehingga 31 Julai 2019 kelak dan antara permainan yang ditawarkan adalah:
- Ratchet & Clank
RM74.00RM48.10 - Call Of Duty Modern Warfare Remastered
RM169.00RM84.50 - Crash Bandicoot N.Sane Trilogy
RM149.00RM74.50 - Shadow Of The Colossus
RM99.00RM64.35 - Mega Man X Legacy Collection 1 + 2
RM154.00RM115.50 - Spyro Reignited Trilogy
RM149.00RM74.50 - Onimusha Warlords
RM79.00RM59.25 - Far Cry 3 Classic Edition
RM110.00RM66.00 - ZOMBI
RM62.00RM12.40
Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan dan bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah.
[info] Promosi Jualan PSN: Permainan Retro [/info]
Manakala promosi jualan kedua pula adalah promosi jualan bagi permainan-permainan oleh Koei Tecmo yang mana ianya berlangsung minggu ini sehingga 14 Ogos 2019 kelak.
Tawaran ini adalah bersempena dengan ulang tahun syarikat tersebut dan mereka menawarkan pelbagai jualan permainan keluaran mereka sehingga 55% diskaun. Seperti biasa, buat anda yang melanggan Playstation Plus, anda akan mempunyai diskaun yang lebih. Berikut adalah sebilangan senarai permainan yang ditawarkan.
- Nioh: Complete Edition
RM209.00RM94.05 - Dynasty Warriors 9
RM252.00RM163.80 - Samurai Warriors 4 Empires
RM216.00RM118.80 - Dead Or Alive 6
RM252.00RM189.00 - Dead Or Alive Xtreme 3 Scarlet
RM244.00RM183.00 - Nights Of Azure
RM259.00RM142.45 - Blue Reflection
RM260.00RM169.00
Terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan-permainan keluaran Koei Tecmo dengan harga yang murah, anda boleh ke pautan di bawah.
[info] Promosi Jualan PSN: Tawaran Koei Tecmo [/info]