Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan perlawanan Tekken 7 telah mencapai hasil jualan sebanyak 3 juta salinan dan keseluruhan siri mencapai lebih dari 47 juta salinan terjual.
Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan Tekken 7 tersebut akhirnya mencapai hasil jualan melebihi 4 juta salinan secara global.
Semestinya permainan perlawanan tersebut mendapat pelbagai sokongan daripada pembangun dengan pengumuman kejohanan Tekken World Tour baru-baru ini untuk musim ketiga. Tambahan itu dengan kandungan yang pelbagai dan watak-watak tetamu daripada pelbagai siri, sudah pasti Tekken 7 menjadi satu permainan perlawanan yang lengkap buat siri Tekken.
Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Ianya boleh didapatkan dengan harga sekitar RM189.