Skip to main content

Januari lepas, Square-Enix melancarkan aplikasi khas Kingdom Hearts VR Experience yang mana ianya memberi peluang untuk melawat dunia-dunia Kingdom Hearts di samping menikmati muzik-muzik yang terdapat di dalam siri permainan tersebut melalui dunia realiti-maya melalui Playstation VR.

Terkini, Square-Enix mengumumkan mereka akan mengemaskini aplikasi tersebut dengan bahagian kedua, di mana ianya akan menyertakan sebilangan kandungan dunia baharu seperti Olympus Coliseum dan sebagainya.

Menurut Square-Enix, kemaskini tersebut akan dilancarkan pada 25 Julai 2019 ini. Bagi anda berminat untuk mencubanya, Kingdom Hearts VR Experience sudah boleh dimuat-turun di konsol Playstation 4. Namun, untuk bermainnya, anda perlu dahulu mempunyai set realiti-maya Playstation VR.

[download] Muat-Turun PSN: Kingdom Hearts VR Experience [/download]

Leave a Reply