Filem MCU yang paling gempak adalah Avengers: Endgame. Filem ini mengumpulkan semua adiwira dari 23 filem selama 11 tahun dalam satu filem. Filem ini memberi impak yang sangat besar dalam francais MCU dan filem ke-24 Spider-Man: Far From telah menamatkan fasa ketiga buat francais ini.

Bagi yang masih belum tonton lagi filem ini, anda masih sempat tonton di pawagam kerana ia telah ditayangkan semula dengan beberapa adegan tambahan. Untuk pengetahuan tambahan, adegan-adegan tambahan dalam Avengers: Endgame yang ditayangkan semula itu hanya sedikit sahaja. Ini kerana dalam video acah bagi mempromosikan jualan Blu-ray filem ini, ia telah memperlihatkan adegan-adegan lain yang dipotong dari filem yang ditayangkan. Selain itu ia turut akan sertakan klip-klip eksklusif seperti video di sebalik tabir.

Blu-ray filem Avengers: Endgame akan mula dijual pada 30 Julai dalam bentuk digital dan bentuk fizikal pula hanya akan dijual bermula 13 Ogos kelak. Harga rasmi buat Blu-ray fizikal masih belum diumumkan lagi. Tetapi versi digital akan dijual di Amazon Prime Videos dan iTunes pada harga $19.99, iaitu sekitar RM82 sahaja.

Beli Avengers: Endgame Versi Digital Di iTunes

Beli Avengers: Endgame Versi Digital Di Prime Videos

Beli Avengers: Endgame Versi Fizikal Di Amazon

Sohor Kini