S.H.I.E.L.D atau nama penuhnya Strategic Homeland Intervention Enforcement and Logistics Division adalah satu organisasi yang pada awalnya menguruskan segala adiwira di bumi dan juga membantu melindungi dunia. Ia mula terkenal dalam francais filem MCU dan organisasi ini lebih dijelaskan dengan lanjut dalam siri TV Agents of S.H.I.L.D. Siri TV ini sudah pun berada dalam musim keenam dan akan ditamatkan dengan musim ketujuh.

AMARAN! Terdapat Beberapa Beberan Dalam Video Acah Ini

Di acara San Diego Comic Con, selepas memaklumkan yang siri TV akan tamat pada musim ketujuh – panel Marvel telah memperlihatkan video acah baharu buat siri TV musim keenam. Video acah ini adalah gabungan kepada semua baki episod yang belum disiarkan. Perlu diingatkan yang video acah ini turut mengandungi beberapa beberan daripada episod-episod yang telah disiarkan.

Dalam video acah ini, Agent May dilihat sedang menembak Sarge (identiti baharu Phil Coulson) dan Sarge tidak mati tetapi menerima kuasa dahsyat. Kemudian, watak baharu bernama Izel dilihat telah menyeru sesuatu untuk menakluk satu planet. Tidak pasti jika planet ini adalah bumi atau planet asing. Bukan itu sahaja, Izel dilihat telah memiliki 3 jenis Monolith (batu ajaib yang menghantar pasukan S.H.I.E.L.D ke masa hadapan dalam musim kelima) dan boleh mengawalnya. Video acah ini turut memperlihatkan adegan-adegan menarik yang penuh aksi dan misteri.

Adakah Sarge akan kembali menjadi Phil Coulson, atau persoalan yang lebih baik adakah beliau sebenarnya Phil Coulson yang hidup semula atau bukan? Adakah pasukan S.H.I.E.L.D akan berjaya menyelamatkan diri dan dunia? Sama-sama kita nantikan episod ini mula disiarkan.

Sohor Kini