Splatfest merupakan acara atas-talian yang memfokuskan antara dua pasukan untuk bertempur sesama sendiri melalui permainan Splatoon 2.

Terkini, Nintendo mengumumkan acara terakhir buat Splatfest bagi permainan Splatoon 2 bakal berlangsung antara pasukan Chas dan Order bermula hari ini 19 Julai sehingga Ahad ini, 21 Julai.

Dengan nama Splatocalypse, pemain perlu memilih pasukan antara Chaos dan Order di mana pemain diberi masa 72 jam untuk bertempur dan melihat pasukan mana yang akan meraih juara berdasarkan nilai markah kemenangan setiap sesi pertarungan pemain.

Dukacitanya, menurut Nintendo, ini merupakan acara Splatfest terakhir buat permainan tersebut. Meskipun begitu, permainan Splatoon 2 masih lagi boleh dimainkan namun pada masa akan datang, Nintendo mengesahkan tidak akan ada sebarang kandungan tambahan lain. Buat masa ini, Nintendo masih belum berkongsi sebarang perancangan untuk permainan Splatoon seterusnya.

Meskipun begitu, bagi anda yang memiliki permainan Splatoon 2, ini merupakan peluang yang baik untuk bermain permainan tersebut dan menyumbang markah untuk pasukan pilihan anda sama ada pasukan Order ataupun Chaos?

Sohor Kini