Microsoft dan The Coalition minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkaan sesi percubaan buat permainan Gears 5 bagi mod pertarungan atas-talian bermula malam ini.
Sesi percubaan tersebut akan memberi peluang buat pemain untuk mencuba mod pertarungan atas-talian seperti mod Arcade, Escalation, King Of The Hill, Bootcamp dan juga Tour Of Duty.
Menurut mereka, sesi percubaan tersebut akan berlangsung secara berperingkat bermula malam ini khas buat mereka yang mempunyai langganan Xbox Game Pass di konsol Xbox One dan Windows PC. Namun, bagi anda yang ingin bermain di Xbox, anda perlu mempunyai langganan Xbox Live Gold, memandangkan ianya memfokuskan bentuk permainan multi-pemain secara atas-talian.
Ianya juga boleh dicuba buat mereka yang membuat pra-tempahan bagi permainan tersebut. Bagi tarikh rasmi sesi percubaan tersebut ianya akan bermula pada:
- Jam 1 pagi pada 20 Julai sehingga jam 1 pagi pada 23 Julai
- Jam 1 pagi pada 27 Julai sehingga jam 1 pagi pada 30 Julai
Bersempena dengan pengumuman ini, Microsoft juga memperlihatkan mod Arcade yang mana ianya adalah mod pertarungan baharu yang memfokuskan secara berpasukan antara lima lawan lima dan pasukan yang mempunyai nilai bunuh sehingga 50 akan menjuarai pusingan tersebut.
Bagi anda yang ingin mencuba sesi percubaan buat mod pertarungan permainan Gears 5, pastikan anda memuat-turun permainan tersebut bermula malam ini di konsol Xbox One dan juga PC. Menariknya sekali, permainan tersebut juga akan menyokong rentas-platform antara kedua-dua platform tersebut.