Skip to main content

E3 2019 lepas, Square-Enix dan Marvel Games mengumumkan secara permainan Marvel’s Avengers yang mana ianya bakal dilancarkan pada 15 Mei 2020 kelak di Playstation 4, Xbox One, PC dan Stadia.

Terkini ketika acara Comic-Con yang berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat minggu ini, Marvel dan Square-Enix memperlihatkan satu rakaman khas buat demo permainan tersebut yang mana menurut laporan Game Informer, ianya mempunyai prestasi permainan yang lebih baik berbanding apa yang dipertunjukkan ketika acara E3 lepas.

Tambahan itu, berdasarkan beberapa kenyataan daripada pengunjung persidangan tersebut, rakaman demo tersebut juga dikembangkan lagi dengan beberapa adegan tambahan yang mana masih lagi memfokuskan acara A-Day yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Dukacitanya, menurut Game Informer, rakaman demo permainan tersebut akan ditayangkan selepas acara Gamescom yang bakal berlangsung Ogos ini, sekaligus rakaman tersebut akan diperlihatkan secara umum sekurangnya menjelang 26 Ogos 2019 kelak.

Meskipun begitu, menurut akaun rasmi Twitter permainan tersebut, mereka juga berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan Marvel’s Avengers yang mana ia akan menyertakan beberapa pilihan kostum berbeza buat adiwira-adiwira Avengers yang mana pemain boleh gunakan, termasuklah kemahiran berbeza yang pemain boleh tetapkan mengikut gaya permainan pemain.

Seperti yang disahkan sebelum ini, Marvel’s Avengers juga menyertakan beberapa mod multi-pemain yang pemain boleh lakukan bersama-sama pemain lain secara atas-talian. Namun, informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan kemudian.

Selain itu, edisi terhad juga diumumkan dan bagi anda yang membuat pra-tempahan permainan tersebut di Playstation 4, Marvel Games dan Square-Enix akan menyediakan beta tertutup khas buat pemain Playstation 4 dahulu.

Sudah pastinya kami di Aksiz akan berkongsi jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ni kelak.

Leave a Reply