Agents of S.H.I.E.L.D adalah satu siri TV yang sangat menarik. Ia adalah spin-off kepada francais MCU. Sehingga hari ini, sudah enam musim disiarkan di televisyen dan musim keenam masih lagi disiarkan. Siri TV ini benar-benar mengambil minat hari peminat MCU, kerana pada beberapa musim yang terawal – ia jelas berkait secara terus dengan filem-filem MCU dan watak-watak dalam siri ini adalah sangat menarik dan ia sungguh seronok untuk ditonton.
Sukacita dimaklumkan yang Agents of S.H.I.E.L.D akan ditamatkan selepas musim ketujuh. Musim ketujuh adalah musim terakhir dan pengakhiran buat pasukan dari organisasi S.H.I.E.L.D ini. Menurut kenyataan mereka di San Diego Comic Con (SDCC), musim ketujuh akan mempunyai 13 episod dan setiap episod itu mempunyai durasi yang pendek. Ini adalah bagi memastikan siri ini berakhir dengan baik dan jalan ceritanya padat.

Bukan itu sahaja, walaupun musim keenam masih lagi disiarkan – musim ketujuh sudah pun memulakan rakaman dan mungkin akan disiarkan terus pada tahun hadapan. Masih tidak pasti bagaimana jalan cerita mereka dan adakah mereka akan sertakan sedikit petanda mengenai Avengers: Endgame atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan.