Permainan strategi mengikut turutan yang dikatakan diinspirasikan daripada permainan Advance Wars dan Fire Emblem, iaitu Wargroove akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi buat konsol Playstation 4 iaitu ia bakal tiba minggu hadapan, pada 23 Julai 2019 ini.
Wargroove merupakan permainan strategi mengikut turutan yang mana ianya akan menyertakan lebih dari 20 jam kempen permainan dengan pelbagai peringkat permainan termasuklah mod peringkat permainan yang dihasilkan oleh komuniti.
Wargroove sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Switch, Xbox One dan PC pada Februari lepas. Namun, dukacitanya untuk versi Playstation 4, ianya tidak akan menyokong mod rentas-platform seperti mana versi di platform lain.
Bagi anda yang berminat permainan bergenre ini, pastikan anda mendapatkan Wargroove menjelang minggu hadapan di Playstation 4 melalui Playstation Store.